Tuesday, December 3, 2019

Resepi Ikan Pari Air Asam lazat





HAIIII GUYSSSS......!!!...lama dah saya tak upload resepi masakan dekat blog ni kan..maklumlah busy sangat beberapa bulan niii....

     NAHHHH... saya belanja satu resepi ikan pari air asam yang lazat untuk dimakan....lebih lazat kalau shareee dengan keluarga atau sesiapa sahaja yang tercinta !!!!

     Selamat mencubaaa!!!!!😍😍



BAHAN YANG DIPERLUKAN  😙😙

. 1 ekor ikan pari ( direbus dengan asam keping dan sedikit garam )

CARA PENYEDIAAN AIR ASAM  🥪🥪

. 1 biji bawang besar ( dipotong dadu )

. 1 biji tomato segar ( dipotong dadu )

. 10 biji cilia pi ( dihiris halus )

. 2 tangkai cili merah

. 2.5 belacan
. Garam secukup rasa

. Gula secukup rasa

. 1 sudu makan sos cili

. 500 ml bancuhan air asam jawa

CARA MEMASAKNYA 😁😁

. Tumbuk cili merah bersama belacan, gula, dan garam secukup rasa

. Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam bekas bersama bahan – bahan yang ditumbuk tadi.     Gaul rata

. Masukkan bawang besar, tomato, dan cilia api yang dipotong tadi. Gaul sebati

. Letakkan ikan pari ke dalam pinggan dan curahkan air asam jawa ke atasnya

. Dah siap untuk dihidangkan!!!!!



 👀eBook Resepi Masakan Melayu sudah ada di shopee!!!

- DAPATKAN SEGERA!!! 👇
   https://shopee.com.my/thehakim12

 👀eBook RESEPI MASAKAN MELAYU dah ada juga di Google Play store!!!

- DAPATKAN SEGERA!!! 👇
  https://play.google.com/store/books/details?id=auGqDwAAQBAJ

Friday, August 23, 2019

Cara-cara membuat ayam puteri saji




Seterusnya, saya nak perkenalkan satu masakan yang dengar nama je kita dah tau sedap😊

Resepi dia pon senang tau!!

Apa lagi try lah buat.

Dekat bawah ni ada resepi dan cara membuatnya ya..selamat mencubaaa!!


🍗BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan-bahan A

. 1 ½ kg                ~~  ayam
(dipotong kepada beberapa kepingan kecil)

. 2 sudu besar      ~~  garam

. 2 sudu besar      ~~  gula

. ½ cawan            ~~  minyak masak

. 4 biji                  ~~  tomato
 (dipotong memanjang)

. ¼ cawan            ~~  serbuk roti

. 2 biji                  ~~  limau nipis
 (ambil jusnya saja ye)

. 1 biji                  ~~  kelapa
(ambil 1 cawan santan pertama dan 3 cawan santan kedua)

. 5 sudu besar      ~~  cuka

. 5 helai               ~~  daun limau purut

. 4 biji                  ~~  cili hijau
 (dipotong panjang)

. 2 sudu besar      ~~  serbuk cili

. 1 sudu besar      ~~ serbuk lada hitam

     
Bahan-bahan B (DIKISAR HALUS)

. 1 sudu besar    ~~ jintan manis

. 1 sudu besar    ~~ jintan putih

. 1 sudu besar    ~~ biji ketumbar

. 10 biji              ~~ bawang kecil

. 8 ulas              ~~ bawang putih

. 3 inci               ~~ halia

. 2 inci               ~~ lengkuas

. 6 biji                ~~ buah keras

. 1 inci               ~~ kunyit hidup

. 1 batang          ~~ serai

. 1 sudu teh       ~~ biji lada sulah



 🔨CARA-CARA MEMBUATNYA


.  Kepingan ayam diperap dengan gula, garam dan cuka selama 2 jam (bolehlah tengok tv kejap hehehe😂)

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bahan-bahan B (rujuk muka sebelumnya) sehingga harum. Masukkan kepingan ayam dan gaul sebati. Masukkan santan kedua, daun limau purut, serbuk cili dan biarkan ia mendidih.

Apabila ayam sudah masak dan kuah menjadi pekat, masukkan tomato, cili hijau, serbuk lada hitam,   jus limau nipis dan santan pertama. Kacau sehingga sebati. Biarkan lah ia mendidih selama 5 minit.

.  Masukkan serbuk roti untuk memekatkan kuah. Hidangkan dengan nasi putih.


        
Siappp!!!....dah boleh dihidangkan dan dimakan yeee….selamat menjamu seleraa!!

Mudah je kan nak sedia kan…😊😊



 👀eBook Resepi Masakan Melayu sudah ada di shopee!!!

- DAPATKAN SEGERA!!! 👇
   https://shopee.com.my/thehakim12

 👀eBook RESEPI MASAKAN MELAYU dah ada juga di Google Play store!!!

- DAPATKAN SEGERA!!! 👇
  https://play.google.com/store/books/details?id=auGqDwAAQBAJ